Video ini berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
2.0 Pengenalan
- Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.
- Kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis termasuk Malaysia,iaitu prinsip- prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan di dalam satu dokumen.
- Namun, terdapat juga perlembagaan dalam bentuk tidak bertulis, iaitu sejenis perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen.
2.1 Perlembagaan Malaysia
Susunan perkara-perkara dalam Perlembagaan
2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan
2.2.1 Suruhanjaya Reid
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, mereka dibekalkan dengan terma rujukan yang berikut:
2.2.2 Jawatankuasa Kerja
2.2 Jadual Ahli Jawatankuasa Kerja
2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan
2.3.1 Tujuan Perlembagaan
Jadual 2.3 Tujuan Perlembagaan
2.3.2 Ciri- ciri Perlembagaan
2.3.2 Ciri- ciri Perlembagaan
2.3.3 Pindaan Perlembagaan
Jadual 2.4 Pindaan Perlembagaan Malaysia
2.4 Peruntukan Utama dalam Perlembagaan Malaysia
2.4.1 Kedudukan Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu
Melaka.
- Pada zaman penjajahan
British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris lebih
diutamakan.
- Kedudukan bahasa Melayu
dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
- Kedudukan bahasa Melayu telah
dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
memperuntukan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi
(termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam).
- Perkara ini juga
melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang
daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.
2.4.2 Kedudukan Agama Islam
- Perkara 3 (1) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia memperuntukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan,
tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu
untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana
bahagian Persekutuan.
- Raja/Sultan bertindak sebagai
Ketua Agama di negerinya. Manakala YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama
Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan
termasuk Sabah dan Sarawak.
- Mengikut perlembagaan,agama Islam terletak
dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa
dalam hal perundangan agama Islam.
- Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa
perundangan negeri mengenai Islam ialah:
1. Hukum syarak dan undang-
undang diri dan keluarga
2. Adat istiadat Melayu
3. Wakaf dan takrif serta
pengawalseliaan amanah khairat
4. Munakahat(pertunangan,
perkahwinan, perceraian,
mas kahwin, nafkah dll)
5. Zakat, Fitrah dan Baitumal
6. Perwarisan
7. Masjid atau tempat solat awam
8. Mahkamah Syariah
2.4.3 Hak Istimewa Orang Melayu
- Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu
ditakrifkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat
istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau
padahari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
-
Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak
(termasuk bukan Melayu) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang
diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Antara perkara yang termasuk dalam
keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera ialah:
1. Perkhidmatan awam
2. Ekonomi
3. Pendidikan
2.4.4 Hak Kewarganegaraan
- Peruntukan-peruntukan
pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga
Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan.
- Perkara 23 hingga Perkara 28
Perlembagaan Persekutuan pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan
kehilangan kewarganegaraan.
- Seseorang itu boleh mendapatkan
kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat
cara, iaitu:
1. Secara kuat kuasa undang-undang
2. Secara pendaftaran/permohonan
3. Secara masukan/naturalisasi
4. Secara cantuman wilayah
- Seorang individu boleh kehilangan hak warganegaraan berdasarkan dua sebab yang berikut:
a) apabila individu itu menolak kewarganegaraannya
b) apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya
individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan
seperti yang berikut:
pengawalseliaan amanah khairat
1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat
istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau
padahari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
padahari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
1. Perkhidmatan awam
2. Ekonomi
3. Pendidikan
1. Secara kuat kuasa undang-undang
2. Secara pendaftaran/permohonan
3. Secara masukan/naturalisasi
4. Secara cantuman wilayah
a) apabila individu itu menolak kewarganegaraannya
b) apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya
individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan
seperti yang berikut:
i. tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing.
ii. tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya.
iii. telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada lima tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Rajah 2.2 Prosedur pelucutan kewarganegaraan
i. tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing.
ii. tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya.
iii. telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada lima tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Rajah 2.2 Prosedur pelucutan kewarganegaraan
2.4.5 Hak Asasi
- Hak asasi ialah perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat.
- Perlembagaan Malaysia memberikan setiap individu itu hak yang bersesuaian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan yang diberikan.
- Istilah "Kebebasan Asasi" yang diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan kepada rakyat.
Rajah 2.3 Hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan
2.5 Kontrak Sosial
- Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia merupakan kontrak sosial perjanjian perdamaian.
- Istilah "Kontrak Sosial" tidak terkandung di dalam perlembagaan.
- Ia merujuk bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi tiga kaum utama iaitu; Melayu, Cina, dan India.
- Tiga kaum utama ini, mewakili UMNO, MCA, dan MIC yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan.
- Tolak ansur dalam permuafakatan ini melibatkan persetujuan dalam memberi sesuatu dan menerima sesuatu yang lain seperti yang ditegaskan oleh Tuanku Abdul Rahman.
- Seterusnya, melalui permuafakatan sosial ini, penggantian beri-memberi atau quid pro quo berlaku antara orang melayu dan bukan melayu.
Rajah 2.4 Quid Pro Quo antara orang Melayu dan bukan Melayu merupakan kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan
- Oleh itu, orang melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang Cina dan India.
- Orang Melayu bersetuju memberi hak kewarganegaraan bedasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu.
- Antara perkongsian orang Melayu ialah kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli.
- Melalui perkongsian ini, orang bukan Melayu memberi balasan.
- Antara balasannya ialah, kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, dan kedudukan.
- Permuafakatan dan tolak ansur antara orang melayu dan bukan melayu merupakan nilai- nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
- Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim (bekas ketua Hakim Negara) Perlembagaan Persekutuan masih mengekalkan unsur tradisi.
Rajah 2.5 Unsur- unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan
- Tanpa kontrak sosial ini Tanah Melayu mungkin tidak berjaya mencapai kemerdekaan pada 1957.
- Kontrak sosial merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dengan konsep negara.
2.6 Sistem Pemerintahan Negara
- Sistem pemerintahan dan pentadbiran Malaysia adalah menggunakan konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.
- YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan, Perlembagaan, Raja Berperlembagaan, pengasingan kuasa (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) dan pilihan raya merupakan ciri-ciri khusus dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
2.6.1 Konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan
- Demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.
- Terhadap dua corak pemerintahan demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik.
- Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara serta dibantu oleh Perdana Menteri, manakala sistem Republik diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Rajah 2.6 Amalan demokrasi berparlimen di Malaysia
Rajah 2.7 Struktur sistem pemerintahan negara
Raja Berperlembagaan
- Institusi Raja di Malaysia merupakan satu unsur tradisional yang wujud melalui pemerintahan beraja sejak awal kurun ke-11.
- Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya.
- Pada abad ke-19 dan 20, kuasa pentadbiran pemerintahan diambil oleh British dan Jepun.
- Mereka telah memperkenalkan konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong(YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Peruntukan ini bermaksud, bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.
- Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hanya bertindak untuk menasihati YDPA dalam hal-hal tertentu.
Yang di- Pertuan Agong (YDPA)
- Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja- Raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
- Baginda dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu dari sembilan buah negeri (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor) secara bergilir - gilir dalam tempoh lima tahun sekali.
- YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.
- Tugas Baginda telah diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang boleh dibahagikan kepada tugas rasmi dan kuasa budi bicara.
- Antara tugas Baginda dalam Perlembagaan adalah seperti dalam Jadaual 2.8
Majlis Raja- Raja
- Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.
- Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya.
- Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
- Persidangan Majlis sebagai Platform
- Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja.
- Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.
- Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.
- Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.
- Perkara 38 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan fungsi dan tugas Majlis Raja- Raja seperti yang berikut:
a) Perkara 38 (2)(a) - Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di- Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan jadual ketiga
b) Perkara 38 (2)(b) - Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
c) Perkara 38 (2)(c) - Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada undang-undang atau memberi nasihat tentang apa-apa perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja- Raja menurut Perlembagaan
d) Perkara 38(2)(d) - Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182
e) Perkara 38(2)(e) - Memberi ampun, tunda, hukum, dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman di bawah Fasal (12)
f) Perkara 42 - Menimbangkan hal - hal yang berkaitan dengan dasar negara dan perkara yang dikira patut
2.6.2 Pengasingan Kuasa
- Pengasingan kuasa merujuk pembahagian kuasa pemerintahan kepada badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary) dalam sistem pemerintahan negara.
- Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara pula bertindak sebagai ketua bagi ketiga-tiga badan pemerintahan tersebut.
- Secara teorinya, doktrin pengasingan kuasa melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas tanpa sebarang pentindihan.
Rajah 2.8 Konsep pengasingan kuasa
- Matlamat pengasingan kuasa adalah untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu-satu badan.
- Setiap badan pemerintah tidak boleh mempengaruhi keputusan atau tindakan yang dibuat oleh badan- badan yang lain.
- Selain itu, setiap badan pemerintahan juga berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara.
- Konsep inilah yang dikenali sebagai pengasingan kuasa.
Badan Perundangan (Legistlatif)
- Badan perundangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pada peringkat Persekutuan (Parlimen) dan juga peringkat Negeri (Badan Perundangan Negeri).
Rajah 2.9 Struktur badan perundangan peringkat Persekutuan dan Negeri
Jadual 2.9 Senarai
Persekutuan,Senarai Bersama
Peringkat Persekutuan
Parlimen
-
Perkara 44 (4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa perundangan Malaysia terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Dua Majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
- Semua undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan mesti melalui ketiga-tiga kompenen tersebut.
- Rang undang-undang dianggap sebagai undang-undang setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta mendapat perkenan daripada YDPA.
- Parlimen merupakan Badan Perundangan bagi kerajaan Persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
- Selain itu, Parlimen juga membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, memeriksa dasar=dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil=hasil cukai yang baharu.
Rajah 2.10 Prosedur Pembentukan Undang - Undang
Persekutuan
Dewan Negara
- Dewan Negara merupakan dewan yang tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.
- Dewan Negara akan membahaskan rang undang-undang dengan lebih teliti.
- Tujuan Dewan Negara diwujudkan adalah untuk memastikan kepentingan setiap kerajaan negeri terjamin.
- Bilangan ahli Dewan Negara telah termaktub dalam fasal (1), Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan seperti dalam Jadual 2.10.
Jadual 2.10 Bentuk keahlian Dewan Negara
- Seorang ahli Dewan Negara dikenali dengan panggilan "Senator" pada pangkal nama mereka.
- Syarat kelayakan menjadi calon Ahli Dewan Negara adalah seperti yang berikut:
i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur tidak kurang dari 30 tahun
iii) Sempurna akal
iv) Bukan seorang muflis
Dewan Rakyat
- Dewan Rakyat merupakan komponen yang sangat penting dalam badan perundangan Malaysia.
- Fasal(1), Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keanggotaan Dewan Rakyat ialah seramai 222 ahli.
- Fasal(2) Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bilangan ahli Dewan Rakyat yang mewakili satu kawasan pilihan raya seperti dalam Rajah 2.11.
Rajah 2.11 Bilangan ahli Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan lima tahun sekali.
- Parti yang mendapat undian kerusi majoriri akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.
- Fungsi Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.
- Dewan Rakyat diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan dan dibantu oleh dua Timbalan Yang di-Pertuan serta seorang setiausaha.
Rajah 2.12 Syarat kelayakan ahli Dewan Rakyat dan kehilangan keahlian
Peringkat Negeri
- Badan Perundangan Negeri ialah
kuasa perundangan peringkat negeri.
- Badan Perundangan Negeri terdiri daripada
Raja (Sultan/Yang di-Pertua Negeri /Yang di-Pertuan Besar) dan Dewan Undangan
(DUN).
- Badan ini berfungsi untuk menggubal,meminda dan meluluskan undang-undang
untuk negeri sahaja (berkenaan perkara yang tersenarai dalam Senarai Bersama
dan Senarai Negeri).
- Badan Perundangan Negeri wujud di setiap negeri kecuali
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan).
Rajah
2.13 Prosedur pembetukan undang-undang negeri
- Seksyen 5,Jadual Kelapan, Perlembangan
Persekutuan memperutukkan kelayakan ahli DUN.
- Seseorang itu boleh hilang
kelayakan menjadi ahli DUN jika terdapat sebab-sebab seperti yang termaktub
dalam Seksyen 6,Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Kelayakan ahli
dan kehilangan kelayakan adalah seperi dalam Rajah 2.14
Rajah 2.14 Kelayakan ahli dan kehilangan keahlian Dewan Undangan
Badan Pentadbiran (Eksekutif)
- Dari sudut sejarah,badan
pentadbiran bermula dengan pengenalan Sistem Ahli pada 1951.
- Dalam Sistem
Ahli,beberapa jabatan akan di bawah kawalan seorang ahli yang bertindak sebagai
seorang menteri bagi jawatan tertentu.
- Sistem Ahli berakhir apabila pilihan raya
umum pertama diadakan pada Ogos 1955.
- Sebuah kerajaan baharu dibentuk setelah
Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingan.
- Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haji dilantik sebagai Ketua Menteri dan seterusnya
dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama pada 31 Ogos 1957.
- Beliau telah
mengetuai Kabinet dan mesyuarat pertama Jemaah Menteri diadakan pada 10
September 1957 di Kuala Lumpur bersama pemimpin pemimpin Parti Perikatan yang
memenangi pilihan raya umum 1955.
Peringkat Persekutuan
(a) Kabinet / Jemaah Menteri
- Kuasa
tertinggi Badan Pentadbiran (Eksekutif) kerajaan Persekutuan ialah sistem
Jemaah Menteri atau Kabinet.
- Kabinet terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong
(YDPA), Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
- Perkara 43(2)(a) Perlembagaan
Persekutuan mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri
daripada parti yang mendapat kerusi majority di Dewan Rakyat sebagai ketua
Jemaah Menteri.
- Seterusnya,Perdana Menteri akan menasihati YDPA untuk melantik
menteri-menteri lain daripada mana-mana Majlis Parlimen seperti termaktub dalam
Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
- Seorang Timbalan menteri juga
dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu tugas menteri
seperti dalam Perkara 43A (1).
- Perkara 43C
Perlembagaan Persekutuan membenarkan Perdana Menteri melantik beberapa orang
yang difikirkan patut oleh beliau
sebagai setiausaha politik.
- YDPA boleh memecat Perdana Menteri daripada
Jawatannya seperti yang termaktub dalam Perkara 43(4).
- Ahli Dewan Rakyat hilang
kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri hendakalah meletakkan
jawatan Jemaah Menteri atau meminta Parlimen dibubarkan oleh YDPA.
- Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen .
- Jemaah
Menteri juga berperanan untuk menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan
kepada jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri untuk
melaksanakan dasar tersebut.
- Setiap menteri akan mengetuai kementerian bagi satu
atau beberapa portfolio tertentu.
- Menteri akan bertindak merangka sesuatu dasar
atau perkara penting dengan atas pegawai tinggi kerajaan dalam mesyuarat
Kabinet.Jemaah Menteri akan mempertimbangkan kertas yang dibentangkan.
Kementerian, Jabatan dan Badan - badan Kerajaan
Kementerian
- Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
- Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.
- Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar tersebut.
Jabatan
- Jabatan merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri.
- Jabatan- jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.
- Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar- dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Badan- badan Kerajaan
- Perbadanan Awam merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara yang membolehkan kerajaan terlibat secara langsung.
- Perbadanan awam bebas daripada peraturan pentadbiran kerajaan.
- Contoh Perbadanan Awam ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS)
- Badan Berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
- Ketua bagi Badan Berkanun dipanggil Pengerusi.
- Badan Berkanun berfungsi untuk melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan program pembagunan negara.
- Badan Berkanun mempunyai kuasa autonomi dan peruntukan kewangan tersendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
Peringkat Negeri
- Kuasa tertinggi Badan Pentadbiran (Eksekutif) peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Majlis ini merupakan badan kepimpinan negeri yang membuat dasar dan melaksanakan pemerintahan bagi sesebuah negeri.
- Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Raja, Menteri Besar dan ahli Majlis yang terdiri daripada empat hingga sepuluh orang ahli dalam kalangan ahli Dewan Undangan.
Badan Kehakiman (Judiciary)
- Badan kehakiman bertanggungjawab untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan menegakkan keadilan mengikut peruntukan undang- undang agar hak- hak asasi manusia dapat dilindungi daripada sebarang pencabulan oleh mana- mana pihak.
- Badan kehakiman mempunyai kuasa untuk membicarakan dan menyelesaikan permasalahan serta menghukum pesalah melalui pihak mahkamah.
- Mahkamah juga berperanan untuk mentafsir perlembagaan dan undang-undang.
2.15 Struktur Badan Kehakiman Malaysia
- Struktur Badan Kehakiman Malaysia terdiri daripada dua bahagian, iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.
- Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan( dahulu dikenali sebagai Mahkamah Agung), Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya serta Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
- Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
- Pada 20 Mac 1993, Mahkamah Khas ditubuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan bagi membicarakan tindakan sivil atau jenayah yang dilakukan oleh YDPA atau Raja-Raja Melayu yang lain.
a) Mahkamah Persekutuan
b) Mahkamah Rayuan
c) Mahkamah Tinggi
d) Mahkamah Sesyen
e) Mahkamah Majistret
Jadual 2.11 Bidang Kuasa Jenayah dan Sivil Mahkamah Majistret
f) Mahkamah Penghulu
g) Mahkamah Syariah
Kebebasan badan kehakiman:
- Dapat dilihat pada kedudukannya
yang tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang kerajaan iaitu
perundangan dan pentadbiran.
- Seorang hakim tidak boleh
melucutkan jawatan sebelum mencapai umur bersara.
- Saraan seorang hakim hendaklah
dibayar kepada kumpulan wang yang disatukan.
- Saraan hakim dan syarat-syarat
jawatan yang lain tidak boleh diubah.
- Kelakuan hakim tidak boleh
dibincangkan dalam mana-mana majlis parlimen.
Perlantikan hakim:
- Dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong
setelah berunding dengan majlis raja-raja dan mendapat nasihat daripada Perdana
Menteri.
- Hakim besar tanah Malaysia harus berunding dengan 2 orang hakim besar
mahkamah tinggi.
- Hakim mahkamah agung harus berunding dengan 2 orang hakim
besar. Hakim mahkamah tinggi berunding dengan hakim besar mahkamah.
- Hakim
mahkamah se'syen dan dilantik oleh YDP.
- Hakim kelas kedua sama seperti hakim
kelas pertanyaan cuma bagi negeri dilantik tanpa penglibatan hakim besar.
2.6.3 Pilihan Raya
- Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep pemerintahan Demokrasi Berparlimen.
- Satu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen ialah pilihan raya.
- Dalam proses pilihan raya, rakyat bebas untuk memilih wakil-wakil Parlimen bagi menerajui pimpinan pemerintahan pusat dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri sebagai pemimpin kerajaan negeri.
- Calon yang mendapat undian terbanyak walaupun lebihan satu undi diisyhtiharkan sebagai pemenang bagi kerusi yang dipertandingkan.
- Pilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun sekali.
- Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong(sehingga 90 hari bagi Sabah dan Sarawak).
Sejarah Pilihan Raya
- Pilihan Raya Persekutuan yang pertama merupakan pilihan raya prakemerdekaan telah diadakan di Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.
- Sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingankan telah dimenangi oleh Parti Perkatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, MCA dan MIC.
- Kemenangan Parti Perikatan membolehkan kerajaan sementara dibentuk dan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman sebelum mendapat kemerdekaan penuh pada 31 Ogos 1957.
No comments:
Post a Comment